Sabtu, 29 Desember 2012

Keutamaan Surat AL IKHLAS

"A'u zubillah Himinashsyaitan nirrajim ... Bismillahirrahmannirrahim"
Tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang terkutuk, dengan nama
Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan kegiatan apa saja, karena dengan
bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita
dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar seperti cacing
kepanasan. Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah
surah Al-Ikhlas (yaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad. Lam yalid
Walam yu-lad. Walam yakul lahu kufuwan ahad.) sebanyak 3 kali.
Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah.
Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah
berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.
Amalkanlah Shalat karena salam pertama (yang wajib) yang diucapkan pada
akhir shalat akan membantu kita menjawab persoalan kubur.
Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang melakukan Shalat akan
sulit menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang selalu menunaikan
ibadah Shalat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan
menolongnya menjawab salam malaikat itu.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal
dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat
dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap
mereka melintasi titian Siratul Mustaqim lalu menuju ke syurga.
Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).
Rasulullah SAW pernah menanyakan berupa teka-teki kepada umatnya :
Siapakah diantara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga
menit ?
Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab.
Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam
Qur'an dalam begitu cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya.
Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahwa Saiyidina Ali (yang
masih kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas
Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.
Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahwa Saiyidina Ali betul.
Membaca
surah Al-Ikhlas 1 X imbalannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran.
Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali tamat / qatamlah
Qur'an karena sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahwa Rasulullah SAW telah bersabda : Ketika saya
(Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas
360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000
tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak
12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga
ke
barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana
semuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah
tersebut maka berkata mereka : Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari
bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik
dia lelaki maupun perempuan.
Sabda Rasulullah SAW lagi :
Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu
tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di
sayap
malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat
Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat
Israfil a.s.
Note :
Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu
ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW 'Sampaikanlah
pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak
Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya
    kepada orang lain.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Pasang Sumbernya : http://aneka-info05.blogspot.com//